Articles
ARTICLE 1
SCAFFOLDING LANGUAGE BUILDING BLOCKS IN TEACHING GRAMMAR
Abstract
This knowledge transfer programme is on scaffolding sentence blocks in teaching grammar to a community of two schools in Besut, Terengganu, advocated by the Ministry of Higher Education to benefit the community. This programme involves 30 students from two different schools; 19 of them are secondary school students while 11 are primary school pupils. The implementation of the programme began after a meeting at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) on October 2015 where Graduate Interns (GI) were given training on how to use this method. They were also provided with a guideline book. The first activity the GI did was the pre-test which serves as a guideline to measure the students’ improvement after they went through this programme. At the beginning of this programme each student received a file containing selected texts and this file is their portfolio.
There are eight patterns altogether and for each pattern there are several components. For instance, Pattern 1 contains 4 components; present tense, negative statement, yes/no question and past tense. By the end of this programme students should be able to transform the sentence to form all the components. The findings indicate that there is significant improvement in forming and transforming the sentences among students. This evidence is visible through their pre-test and post test results for Pattern 1. For primary school pupils 100% of the pupils can form a sentence in present tense as compared to before the intervention where only 45.5% of them managed to do that. As for secondary school students, there is significant increase by 21.1% in their post test results. However, for pattern 8 there is only marginal difference between the pre-test and post test results. This happens due to several limitations in this research. The cooperation between the researchers, teachers, students and schools was excellent.
Keywords: scaffolding, sentence block, pattern, component, transform
Writen by :
Hasimah Ja’afar
Abdul Halim Ali
Azhar Wahid
Che Ton Mahmud
Abdul Ghani Abu
Maisarah Mohd Said
Zakhwan Aunie Al-Hafiz Zakaria
ARTICLE 2
Characterising customer intention on Customer Relationship Management Performance: A Case Study in a Malaysia logistic.
Abstract
Financial are the track to run on to measure each operating component of SME Company. It has taken a years to develop customized SME financial reports. These are the most important executive tools to start logistic company, and yet they do not exist in the open market. There is an unwarranted assumption that will understand how to set up this financial management system. This case study, conducted in one of the most prominent SME logistic in Malaysia that have successfully attained CRM showed that among the determinants that have existed in the logistic are the financial strategy.
Keywords: Customer Relationship management, financial strategy, logistic service, Case Study.
- Introduction
Customers are an important medium for entrepreneurs because purchasing power is in the hands of customers. How far a product or company can grow more rapidly. Customer needs and requirements are difficult to determine but as an entrepreneur an individual needs to do something for the product produced by a particular company to receive favourable response on the market as per demand.
- Purpose and Method of the Study
The purpose of the study is to investigate the determinant that have an impact on the development of CRM in organizations. The reason behind this purpose is that, empirical studies on CRM in Malaysian organizations are almost lack being explored. Therefore, this study can be considered as an early attempt to explore the phenomenon and as such, a case study method was adopted and carried out in one of the most prominent logistic service provider in Malaysia with the objectives of describing the role of the determinants CRM. Findings from this study are discussed in comparison with the literatures on CRM. It is hoped that this study can shed some lights on CRM in Malaysia, particularly in the logistic service provider, before further study can be carried out comprehensively. A conceptual framework generated from the case study is furnished at the end of the discussions of the findings.
- Findings
This part of the paper discusses the findings from the case study conducted. It starts with the overview of the CRM development in the logistic service provider and followed by the determinants that are found in the series interviews and document analysis.
3.1 Financial Strategy
Prices are determined based on the quality of a product. A quality product will guarantee the loyalty of existing customers (Shah,Wahab and Tahir 2016). For that price have to pay for the product extreme prices will cause competition as the price and quality of the competition are better and more affordable. Changes in time and economic conditions have an impact on the cost of raw materials, utilities and wages. This increasing cost will certainly affect business profits in all types of industries. Nevertheless, entrepreneurs need to be careful when increasing the selling price of products and services as they will cause loss of customers (Shah,Wahab and Hussin 2017)
3.2 Background of logistic.
For this study, logistic service provider was identified as sampling and to be conducted at three state. This is because customers are very concerned about the quality of the products and service they buy. Good product loyal customers are willing to complete their satisfaction in the products they use. Not only that, it can also attract new customers because of the pricing set that is affordable and the quality of the product is worth it (Shah,Wahab and Subri 2016).
Conclusion
In conclusion, we have prepared a proposed framework as show below that will be used to investigate CRM and development factors in a logistic service provider in Malaysia. This framework will be tested on all six logistic service provider in Malaysia to further research.
Written By :
Muhamad Fairos bin Mohamad Shah
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ARTICLE 3
Travelog PhD - Between Hope, Challenges and Success
Alhamdulliah, artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis untuk travelog PhD antara harapan, cabaran dan kejayaan sepanjang masa pengajian peringkat tertinggi ini. Peringkat pembelajaran PhD, adalah berkisar tentang perjalanan hidup penulis dalam menempuh ujian demi ujian sepanjang tempoh pengajian PhD, yang akhirnya mengubah pandang sisi penulis tentang makna kehidupan. Artikel ini tidaklah dikhususkan untuk dibaca oleh para pelajar, bakal pelajar pascasiswazah atau golongan akademik semata-mata, tetapi ia juga sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang mencari inspirasi dan motivasi dalam hidup, untuk tidak mudah mengalah dan terus ke depan, meskipun pelbagai halangan dan ujian perlu ditempuhi. Artikel ini menceritakan tentang perjalanan hidup, tentang suka duka dalam perjalanan sebuah kehidupa pelajar PhD. Ia adalah satu coretan tentang perjalanan menuju kepada Tuhan. Ia perlu ada banyak kesabaran, konsisten dan kuatkan semangat serta semestinya berwang dan sihat tubuh badan.
Justeru itu, saya akan mula mencatat perkongsian pengalaman perjalanan PhD saya. Saya akan mula mencatat segala suka duka dalam membuat PhD untuk saya, insan yang kerdil ini. Doa restu semua serta rakan taulan adalah pendorong dan kekuatan pada saya untuk meneruskan cabaran PhD. Doakan saya mampu merempuh halangan ini dan harapan saya agar catatan perjalanan ini ada noktahnya apabila tamat pengajian pada tempoh yang ditetapkan. PhD ini bagus untuk mereka yang dalam bidang akademik seperti menjadi pensyarah atau yang seumpama dengannya.
Allah SWT itu Maha Agung dan Penyayang. Langkah untuk bersedia memulakan PhD perlu terarah dan tersusun serta matlamat yang jelas. Bermula dengan cita-cita, niat dan tekad untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD hinggalah mengisi borang permohonan, temuduga dan mengikuti krusus wajib universiti, membuat dan membentang Research Proposal, pencarian artikel jurnal yang sesuai untuk penulisan sorotan kajian lepas yang berkaitan dengan bidang yang dikaji, pemilihan teori, pembentukan kerangka kajian, anlisis kajian yang sesuai serta perbincangan dalam menulis tesis. Di samping itu, penulis juga perlu melalui dua peringkat lagi iaitu perlu lulus proposal dalam seminar dan peperiksaan komprehensif (CE). Full time is part time, habislah 6 sem !- 2 sem habis ambil coursework, seminar, CE dan lain-lain dan 2 lagi sem habis sebab tidak habis-habis tukar tajuk, cari gap dan baca artikel- 2 sem habis hendak tebalkan proposal tidak habis-habis. Habis mana hendak habis stress habislah. Di samping, ia adalah satu kemestian untuk melalui proses perbincangan dengan penyelia dan ko-penyelia dan menghantar progres tesis. Penulis nampaknya semua ini kuasa yang maha agung Allah SWT yang tidak mempersiakan doa penulis ketika berdoa memohon pada yang Esa niat untuk belajar ke peringkat PhD bermula Sept 2011, Alhamdulillah, Allah sentiasa memudahkan urusan.
Dalam tempoh menyambung pengajian PhD, penulis bekerja full-time dan belajar pun full-time - tiada istilah part-time. Inilah yang dikatakan satu cabaran yang cukup hebat dan sangat memerlukan pengorbanan yang tinggi dalam menguruskan kerjaya sepenuh masa dan belajar secara sambilan. Penulis bekerja isnin-jumaat dan masa dari 8.00 pagi -5.00 petang dan kadang-kadang lewat petang dan ada ketika sampai malam dan dalam masa yang sama belajar. Setiap hari dan setiap minggu, setiap bulan dan setiap semester serta sepanjang tahun. Dan lebih mencabar lagi penulis bertugas sebagai pensyarah, di mana apabila waktu dan jadual pengajaran dan pembelajaran tidak menentu, yang kadang-kadang kelas waktu 8.00 pagi dan ada kelas hingga 10.00 malam. Habis waktu kerja fizikal dan mental sudah penat. Keesokan perlu hadir ke pejabat tetap 8.00 pagi dan di samping tugasan pengurusan yang lain mengikut arahan daripada pihak universiti. Inilah rutin harian penulis.
Apa yang membuat penulis teruja, penulis perlu sangat kuat dan meletakkan kebergantungan 100% kepada Allah untuk menyelesaikan satu persatu permasalahan dalam menyambung PhD. Penulis perlu mengurus masa secara bersistematik yang ada fokus dan kosisten serta kesabaran yang tinggi.Sehingga habis, di akhir cerita, air mata saya hampir mengalir bila akhirnya, saya berjaya hantar tesis dan berjaya dalam VIVA serta berjaya menjadi seorang PhD holder, pada 20 Jun 2017. Pada waktu itu, saya terasa macam. "You did a great job...." dan sujud syukur. Penulis merasakan bahawa inilah erti sebuah pengorbanan dan penat lelah dari segi tenaga fizikal, mental, emosi dan wang yang banyak dihabiskan cukup bermakna dalam hidup, Alhamdulillah.
Secara peribadi, saya menyarankan sesiapa sahaja mahu atau sedang menyambung pengajian peringkat PhD perlu untuk bulatkan tekad, fokus dan konsisten terhadap apa yang kita buat serta banyak bersabar mengharungi liku-liku kehidupan dan cabaran sepanjang tempoh masa pembelajaran kita. Ia bukan sekadar mengenai PhD, tetapi lebih banyak kepada perjuangan jatuh dan bangunnya kita kepada sebuah kehidupan. Kita akan kenal siapa kawan dan siapa lawan serta di sisi positif dan negatifnya kita. Di samping dapat kenal group baru, bengkel-bengkel yang perlu dihadiri dan kemahiran-kemahairan baru yang perlu dicari dan dikuasai untuk diaplikasi dalam penulisan tesis dan sebagainya. Perjuangan yang tidak mengenal erti jemu dan tidak berputus asa insya Allah akan membuahkan kejayaan.Dalam pada itu perlu tingkatkan motivasi diri. Di mana kita perlu cerdas spiritual, cerdas emosi dan sihat fizikal tubuh badan, makan-minum dan istirehat secukupnya. Maknanya kesihatan perlu dijaga dengan baik dan tingkatkan amalan rohani serta dekat diri pada yang Zat Yang Maha Kuasa. Pelajar PhD perlu mencari dan mendapat group sokongan dalam berkongsi ilmu dan kemahiran untuk tingkatkan motivasi dan keyakinan diri. Akhirnya kita akan rasa macam, "Kalau orang lain boleh buat... Insya Allah.. Aku pun boleh buat."Di kesempatan ini saya ingin memberi penghargaan kepada insan-insan yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat keluarga saya yang terlalu banyak berkorban untuk saya, dan rakan-rakan yang menyokong saya dan berkongsi cerita dan pengalaman. Di samping itu terima kasih yang tidak terhingga juga kepada UPM: Prof. Madya Dr. Mansor Abu Talib sebagai penyelia yang sabar dan menerima saya seadanya, dan ko-penyelia Dr. Siti Yaacob dan Dr. Zarinah (Fakulti Ekologi Manusia, UPM) dan pensyarah-pensyarah yang mengajar saya serta semua yang membantu tetapi tidak saya nyatakan nama kalian. Semoga Allah SWT akan membalas budi baik kalian. Sharing is caring dan bersesuai dengan Rahmatan lil 'Alamin (Mercy to the World).
Writer By:
Mariani Bt Omar
Pensyarah Kaunseling
Jabatan Usuluddin
Fakulti Pengajian Islam
-Universiti Sultan Azlan Shah-
ARTICLE 4
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI
Oleh
Dr.Azmin bin YUsof
Jabatan Syariah
Fakulti Pengajian Islam.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “ Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri”. (Surah al-Ra`du:11).
Menurut ayat di atas, untuk melakukan sebuah perubahan, perubahan itu harus dimulai dari diri manusia itu sendiri kemudian perubahan akan datang dari Allah Ta`la untuk mereka.
Bila seseorang itu mengalami perubahan diri sendiri bererti ia sudah memiliki kemajuan atau mempunyai daya saingan yang lebih. Ini terbukti dari kata Einstein: “ For any individual or nation to grow change is inevitable, it enables us to thrive amidst the new challenges and the ever increasing competition”. Maksudnya: Seseorang individu atau sebuah bangsa yang ingin maju maka perubahan itu menjadi perkara lazim. Ia juga menjadikan kita mampu untuk menangani cabaran kontemporari sekalipun memerlukan persaigan yang tinggi.
Walaubagaimanapun, perubahan perlu dimulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu. Perubahan yang dimulai dengan diri sendiri mampu mengubah dunia ini. Justeru,seorang yang ingin mengubah sesuatu seperti sikap,perangai,atau pendirian orang lain ia hendaklah mulai mengubah diri sendiri terlebih dahulu. Seorang pemikir Islam ada mengatakan: “Hendaklah seorang menjadi ejen pengubah kepada orang lain”. Dalam erti kata lain seseorang itu tidak boleh menjadi seorang yang diubah oleh orang lain sehingga terkadang hilang identiti sendiri, malah tidak mempunyai pendirian sendiri serta menjadi pak turut semata-mata sebaliknya menjadi pengubah kearah kebaikan kepada orang lain.
Jika seorang ingin menyelesaikan masalah masyarakat yang dihadapinya itu maka ia hendaklah dimulakan dengan luhur budi pekertinya sendiri. Jika seorang itu ingin langkahnya diikuti oleh orang lain ia hendaklah menjadikan dirinya contoh terbaik bagi mereka. Ketam berjalan mengiring bagaimana anaknya akan berjalan betul. Perubahan diri sendiri mampu merubah alam.
Diceritakan ada seorang raja yang berjalan kaki untuk meninjau kawasan taklukannya hingga kesan berjalan kaki itu menjadikan kaki raja tersebut bengkak. Lalu raja ini mengarahkan kerajaannya supaya setiap jalan dan lorong bandarnya itu dihampar hamparan dari kulit agar kakinya tidak mengalami bengkak lagi. Sejurus itu, salah seorang penasihat raja itu menyarankan kepada raja supaya letak kulit itu di bawah tapak kaki raja itu sahaja tanpa diletakkan pada setiap lorong dan jalan. Saranan penasihat itu diterima baik oleh raja tersebut. Jelas dari kisah ini bahawa jika seorang itu ingin hidup bahagia dalam alam ini hendaklah ia jangan usaha mengubah alam terlebih dahulu tapi usaha mengubah dirinya sendiri terlebih dulu kemudian baru berusaha untuk mengubah alam ini. Dengan mengubah diri sendiri maka ikut terubahlah masyarakat sekitarnya.
Ada lima teras kehidupan yang dapat mengubah diri seseorang dan masyarakat kea rah kebaikan antaranya: (sawa Radio,07 Jun 2015).
- Menjalani kehidupan berdasarkan tujuan manusia dihidupkan
Seseorang hidup di dunia mempunyai tujuan tersendiri. Allah S.W.T. menegaskan dalam surah Adh Dhaariyat ayat.56 yang bermaksud: “Bahawa tidak Aku menciptakan jin dan manusia melain untuk beribadat kepadaKu”. Seseorang itu tidak harus lupa dari tujuan asal ciptaan Allah S.W.T. kepadanya. Justeru,ia hendaklah melakukan sesuatu di dunia ini dengan niat beribadat kepada Allah s.w.t. kerana setiap pekerjaan di dunia ini jika dilakukan dengan niat baik kepada Allah maka ia menjadi ibadat. Ibadat bukan tertumpu kepada solat dan puasa sahaja malah setiap perkara yang dilakukan oleh hamba dengan niat baik kepada penciptanya maka ia dikira ibadat. Justeru,seorang hamba hendaklah menjalani setiap detik kehidupannya dalam linkungan ibadat kepada Allah S.W.T.
- Mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri.
Mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri amat penting dalam menjayakan sesuatu perkara yang dilakukan itu. Seseorang yang melakukan sesuatu dengan tanpa keyakinan diri sendiri maka selain pekerjaan itu tidak mempunyai kualiti malah ia tidak disukai Allah S.W.T. Ini terbukti dari hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Allah s.w.t. menyukai kepada seseorang pekerja yang bila mana ia melakukan suatu pekerjaan menyakinkan. Pekerja yang berkeyakinan diri atau professional sudah tentu menghasilkan produk yang baik serta menyakin serta memuaskan pelanggan.
- Jauhkan diri dari suka mengadu domba.
Mengadu domba antara sikap yang sangat dikeji oleh Islam. Seorang yang suka mengadu domba dikira seorang yang mengembar gemburkan keburukan orang lain sehingga menimbulkan fitnah serta menjadi musuh antara satu sama lain.Selain dari itu, pengandu domba juga bukan setakat ia menyebar keburukan orang lain kepada seseorang malah keburukan seseorang ini pula disebarkan kepada orang lain juga. Perbuatan ini sangat berlawan dengan agama yang sentiasa menggalak umat supaya hidup saling menghormati antara satu sama lain serta menjauhi dari permusuhan atau persengketaan.
- Menunaikan janji terhadap diri sendiri.
Janji merupakan suatu ikatan mulia. Ramai orang pandai berjanji tapi mereka tidak menjaga atau tidak menepatinya seperti menunaikan apa yang dirancangkan oleh diri seperti bangun pagi, bersukan atau mendapat cemerlang dalam pelajaran dan sebagainya.
Mengakhiri artikel ini ,diri seorang akan terubah tatakala dia sendiri yang ingin dan berusaha untuk berubah.Segala perubahan bermula dengan diri sendiri malah lebih utama jika ingin merubah orang lain. Bila diri sendiri mula merubah maka alam semesta ini juga turut berubah. Kenapa kita sibuk memikir untuk mengubah orang lain tanpa perubahan diri sendiri?
Latest from amirul
Leave a comment
Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.